Frequently Asked Questions. Soalan Lazim yang sering ditanya.
Q: Saya tak bolehlah tinggalkan nasi...
A:
Mindset orang Melayu kita, tidak boleh tinggalkan makan nasi, jika tinggalkan nasi nanti lapar. Itu juga yang saya fikirkan sebelum mulakan diet ini dahulu. Itu merupakan dugaan awal saya sebelum mula buat diet ini.
2 hari pertama sememangnya cukup mencabar. Sebabnya belum biasa. Namun hari-hari berikutnya tiada masalah. Keadaan ini seperti hari pertama kita berpuasa bagi orang Islam. Hari pertama berpuasa memang kita rasa lapar sangat. Kerana masih dalam proses nak biasakan diri. Selepas itu tiada masalah lagi.
Jika anda ada rasa lapar ketika menjalani diet ini, anda boleh makan macam biasa. Ambil menu yang paling sikit karbohidrat. Makan banyak kali pun tidak mengapa. Yang penting jangan melebihi had limit karbohidrat sehari. Minum air segelas dulu sebelum makan bagi mengelakkan anda sentiasa lapar dan mahu makan banyak.
Setelah mendapat berat yang anda inginkan, anda boleh makan nasi seperti biasa. Cuma hanya perlu hadkan pengambilan dan kawal nafsu makan anda. Itu sahaja. Bukannya selama-lamanya tak dapat makan nasi...hehehe..
Q: Saya sudah amalkan diet Atkins tetapi kenapa berat badan saya masih tidak turun?
A: Untuk persoalan ini, anda boleh rujuk di sini:
http://authoritynutrition.com/15-reasons-not-losing-weight-on-a-low-carb-diet/
Next
This is the most recent post.
Previous
Older Post
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment