Cara paling berkesan untuk turunkan berat badan secara cepat dan percuma tanpa perlu berlapar.

Ramai yang tertanya-tanya dan ada juga yang masih tercari-cari apakah cara yang terbaik untuk diet dan menurunkan berat badan tanpa perlu berlapar.

Jika anda tanya saya macam mana hendak turunkan berat badan dengan cepat tanpa perlu berlapar, maka jawapan saya adalah Diet Atkins.

Apa itu Diet Atkins?


Diet Atkins ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan, semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.

Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan.

Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali kepada berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.


4 Fasa Utama Diet Atkins


Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

  1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
  2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
  3. Pre-maintenance
  4. Lifetime Maintenance
Next
Newer Post
Previous
This is the last post.

0 comments:

Post a Comment

 
Top