Kesimpulan
Jika kita selalu makan di luar, amat mudah untuk kita amalkan Diet Atkins. Cuma elakkan nasi dan roti. Hanya makan ayam, ikan, daging dan sayur je. Kurangkan gula.
Selepas 2 minggu, bila sudah mencapai berat badan yang diingini, biasakan balik makanan seperti roti (berserat tinggi) dan sedikit nasi , tapi jangan banyak sangat, sebab badan anda akan jadi biasa tak makan benda2 tu. Yang penting, sihat dan cergas.
Kalau anda boleh teruskan tanpa makan nasi atau roti, itu terpulang pada anda. GULA dan produk bergula tinggi harus berpada-pada. Orang Melayu sekarang ramai menghidap diabetes (kencing manis). Dengan diet ini adalah salah satu cara untuk elakkan sebelum terkena penyakit tersebut.
Program ini adalah diet program dengan tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula.
Secara dasarnya program diet ini tidak terlalu ketat dan menyusahkan pengamalnya. Ini kerana ianya bergantung kepada keadaan seseorang, program diet ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah air. Kerana dalam badan kita ini banyak kandungan airnya.
Untuk buang air yang berlebihan, kita perlu minum air dengan banyaknya. Ini adalah sesuatu perkara yang memang kadang-kadang orang susah nak buat. Mereka malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? Bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.
Memang itu adalah perkara yang biasa yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita daripada dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.
Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.
Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian.
Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari, dan makan malam.
Tetapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, cuma kalau boleh buang kulit tu keran kulit adalah tidak sihat untuk kesihatan. Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan.
Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.
Kepada penggemar kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan sampai tak mengambil gula langsung kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah-buahan, dan pelbagai lagi.
Banyak minum air kosong dengan banyak, kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan pengambilan gula. Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain-lain.
Tambahan kepada program tersebut, kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan.
Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.
Bilakah anda perlu menimbang berat badan?
Berat harus ditimbang selepas tamat 1 minggu. Jangan timbang berat anda setiap hari. Sebab berat harian anda mengandungi berat air sehingga boleh mencecah 2kg dan boleh menjejaskan motivasi anda untuk mengikuti program diet ini.
Sila gunakan hanya satu penimbang sahaja untuk mengukur berat badan anda. Jangan gunakan banyak penimbang kerana mungkin berat yang dipaparkan oleh setiap penimbang adalah tidak sama. Ini mungkin akan menjejaskan lagi motivasi anda untuk hilangkan berat badan.
Peringatan: Ibu hamil dan wanita yang sedang menyusukan bayi tidak digalakkan mengamalkan Diet Atkins.
Alhamdullillah...Harapan saya kepada pembaca yang mahu mengamalkan diet ini agar sentiasa berdisiplin dan fokus dalam melaksanakan program ini. Walau sehebat mana program yang dicipta di dunia jikalau tiada kedua – dua faktor tersebut, anda bukan sahaja mengalami kerugian dari segi kewangan malah anda juga membazirkan masa anda.
Jika anda seorang Islam, jika Allah kurniakan anda bentuk badan yang diingini selepas diet ini nanti, saya menyeru tutuplah aurat anda. Peliharalah maruah anda. Usah dipamerkan kepada yang haram melihatnya.
0 comments:
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.